![]() |
SELURUH MASYARAKAT ADALAH DIJEMPUT HADIR.
Kunjungan TYT Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas ke kediaman YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
Sekitar Majlis 1
Sekitar Majlis 2
Sekitar Majlis 3
Sekitar Majlis 4
JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PARTI KEADILAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Dengan segala hormatnya, YB Dato' Zahrain Mohammed Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru dengan ini menjemput dan mempersilakan Tuan/Puan untuk melapangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Parlimen Bayan Baru.
Pada: 19hb OKTOBER, 2008 (AHAD) / 19 Syawal 1429H
Waktu: 12.00 T/H hingga 5.00 PTG
Bertempat: DEWAN JUBLEE SUNGAI DUA, SUNGAI NIBONG, BAYAN BARU, PULAU PINANG
Kehadiran dan sokongan Tuan/Puan begitu bermakna untuk lebaran kali ini. Sekian, terima kasih.
Maklumat lanjut
Mohd Sabri Said
Awang Harun
KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.
Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan.
Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.
Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.
"Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato' Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.
"Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu," jelasnya ketika dihubungi (Gambar - Fariz Musa)
Menurutnya, desas-desus tanggal 16 September tersebut bukan lagi cakap-cakap kosong yang tidak berasas tetapi akan menjadi realiti.
Mengulas kejayaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berjaya memenangi pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar adalah kerana kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Katanya, kejayaan Anwar ke Parlimen dianggap sebagai satu isyarat bahawa perubahan bakal berlaku dan PKR akan terus berkembang dalam negara ini. - mr_
KUALA LUMPUR 16 Julai - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali malam ini bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan selama 30 minit itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen yang diturut disertai oleh Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Datuk Zahrain Mohamad Hashim.
Mohamed Azmin yang ditemui media selepas pertemuan itu berkata, Abdullah memberi reaksi yang positif terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan khususnya keselamatan Anwar yang kini masih di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Kata beliau, dalam pertemuan itu Abdullah juga sekali lagi memberi jaminan peristiwa 'mata lebam' Anwar tidak berulang.
''Saya telah nyatakan beberapa perkara yang menjadi kebimbangan kita dan beliau (Abdullah) ambil maklum perkara ini dan keputusannya baiklah.
''Kebimbangan ini tentu sekali bagaimana Anwar dikendalikan polis tengah hari ini apabila beliau ditangkap oleh komando bertopeng sedangkan Anwar sendiri telah berjanji untuk tampil memberi keterangan kepada polis.
''Abdullah sekurang-kurangnya mendengar penjelasan yang diberikan dan memberi jaminan tidak akan ada lagi peristiwa sedemikian," ujarnya.
Tambah beliau, perbincangan tersebut agak panjang dan ia berlangsung dalam suasana positif.
''Saya amat gembira kerana Perdana Menteri memberikan ruang ynag cukup luas terhadap saya dan Zahrain untuk bertemu," katanya. - Utusan Malaysia