Monday, April 14, 2008

Portal untuk bekas-bekas pekerja


14 April - Pantai Jerejak, Bayan Baru; Pertemuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat pencari kerja telah dilakukan oleh YB ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin di Pejabat Keadilan Bayan Baru pada 12 April lalu.

Usaha ini dilakukan atas inisiatif Sim dan jawatankuasanya, bermula setelah mendapati sebuah syarikat elektronik WD di sini menyingkirkan ramai pekerjanya bulan lalu kononnya atas skim pengasingan pekerja, setakad ini kesemua daripada mereka masih belum menerima lagi apa-apa pampasan disebabkan perjanjian paksa yang mereka terima. (lihat laporan sebelum ini)

Banyak pihak mengharapkan agar tindakan dan kawalan lebih tegas hendaklah dilakukan keatas mana-mana majikan yang memohon atau mahu melakukan pembuangan pekerja mereka dengan mengadakan rundingan yang dipersetujui secara terbuka dan kolektif terlebih dahulu dengan semua pekerja, sebelum Kementerian Sumber Manusia meluluskan mana-mana permohonan majikan sebegini mencuci tangan mereka dari membiarkan bekas-bekas pekerja mereka terumbang-ambing untuk mencari nafkah keluarga mereka.

Pampasan yang diterima adakalanya dilihat amat tidak berbaloi dengan keadaan umur, kesihatan dan peluang yang ada adalah terlalu 'selective'.

Seramai 138 pencari kerja tersebut telah didaftar di dalam portal yang baru sahaja dilancarkan Sim minggu lalu, manakala satu lagi sessi kali kedua bagi yang tidak berpeluang akan dapat berbuat demikian pada hari Sabtu, 19 April 2008 di tempat yang sama.


Berkaitan:
Web Carian Kerja ADUN Pantai Jerejak


Berita Berkaitan:
StarOnline: Good response to online job matching service

No comments: