8 Apr - Pantai Jerejak, Bayan Baru. Parti Keadilan Rakyat Bayan Baru sedang berusaha membuka protal baru untuk mana-mana pekerja yang telah dibuang kononya program pengurangan pekerja bagi mengisi peluang kerja yang akan dibuka.
ADUN Pantai Jerejak, Sim Tzen Tzin dalam taklimat dengan media, menunjukan protal internet adalah bagi membolehkan mana-mana pekerja mendaftarkannya serta membolehkan mana-mana majikan mendapatkan sumber pekerjaan melaluinya.
"Portal 'online' ini adalah berbeza dengan yang ada di internet, kerana kita akan terus dekatkan meraka terus kepada majikan-majikan yang memerlukan" menurut Sim selepas memperkenalkan jawatankuasa kerja DUN Pantai Jerejak kepada media.
Maklumat pautan berkenaan portal berkenaan akan dimaklumkan dari masa kes semasa.
Banyak pihak berpendapat bahawa perkara ini sepatutnya didahului orang majikan yang membuang perkerja-pekerja ini dari dibiar terus terumbang ambing mencari perkerjaan sendiri.
Sebelum ini blog ini pernah melaporkan berkenaan kes pembuangan pekerja beramai-ramai oleh syarikat Western Digital.
Pautan berkaitan:
No comments:
Post a Comment