Saturday, May 17, 2008

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bayan Baru dan ADUN Batu Uban dibuka.

Photobucket


17 Mei - Bayan Baru. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hashim dan Pusat Khidmat ADUN Batu Uban, Raveentharan telah dibuka untuk membantu masyarakat kawasan Bayan Baru, perasmiannya telah selamat disempurnakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selain seluruh pimpinan Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan ADUN Permatang Pasir, YB Mohd Hamdan Abd Rahman.

Photobucket


Pemimpin-pemimpin masyarakat dan syarikat-syarikat sekitar Bayan Baru turut dijemput.

Dalam ucapan perasmian, Wan Azizah menerangan bahawa beliau begitu gembira dengan majlis yang diadakan ini kerana pusat khidmat sebegini adalah penting untuk menyelaraskan bantuan kepada penduduk-penduduk yang dibawahnya.

Dalam lawatan selepas upacara perasmian tersebut, presiden turut diberikan taklimat berkenaan peranan dan usaha yang telah dilakukan oleh pusat khidmat ini 2 bulan pasca pilihanraya umum ke-12.

Pusat Khidmat ini akan menjadi perantara antara masyarakat kepada kerajaan termasuk juga sektor-sektor bukan kerajaan.

Selain memperolehi maklumat keperluan rakyat secara bersepadu sekitar Bayan Baru sebelum sesuatu bantuan disalurkan, malah pusat ini akan menjadi sebuah pusat sumber masyarakat terhadap maklumat-maklumat Kerajaan Pakatan Rakyat.

Photobucket


"Bagi terus membantu masyarakat kawasan ini saya akan berada di pusat ini pada setiap hari Sabtu antara 11 pagi hingga 2 petang, untuk berjumpa rakyat yang memerlukan khidmat yang boleh kita bantu di pejabat ini" tambah Dato' Zahrain Ahli Parlimen Bayan Baru, selain itu ADUN Batu Uban akan berada di pejabat ini yang datang untuk mendapatkan bantuan.

Selain itu, orang ramai boleh datang ke pejabat ini dan akan dibantu oleh seorang pembantu sepenuh masa yang akan berada setiap hari antara jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pejabat ini boleh dihubungi di nombor telefon 04-6433155.

No comments: