Friday, April 4, 2008

Warga WD yang ditindas: Don Blake-VP harus bertanggungjawab


4 April - Bayan Baru, Keadilan sedang berusaha menyelamatkan sebilangan 780 pekerja Western Digital (WD) yang diberhentikan kononya 'Skim Pengasingan', oleh itu PKR mengambil inisiatif cuba memanggil mereka mendaftarkan pekerjaan melalui wakil rakyat DUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin awal minggu ini.

Sebilangan daripada mereka yang diberhentikan adalah bukan daripada pakej yang sepatutnya, malah terdapat dikalangan pekerja-pekerja tersebut adalah terdiri daripada mereka yang sakit dan sedang bercuti untuk bersalin yang dipaksa berhenti.

"Kebanyakan antara kami adalah dikalangan yang melebihi umur 40 tahun, yang amat sukar untuk mendapatkan semula pekerjaan baru" kata seorang bekas pekerja yang terpaksa dirahsiakan identiti kerana kontrak perberhentian tersebut melarang mereka mendedahkan secara 'public' (umum).

"Kami juga kesal bagaimana Datuk Don Blake, Naib President syarikat ini sanggup menipu Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dalam satu kenyataan sebelum perberhentian dilakukan pada 21 Mac lalu, bahawa syarikat ini telah menyatakan kononnya pekerja-pekerja ini akan ada pekerjaan yang menanti mereka tetapi sebaliknya" jelas beliau lagi yang kesal dengan sikap hipokrit bekas majikan mereka.

Dalam pertemuan Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hashim dengan bekas pekerja-pekerja ini pada petang tadi, mereka turut menjelaskan terdapat petanda bahawa syarikat ini sedang berusaha membawa masuk pekerja asing mengantikan mereka.

Peranan penguatkuasaan masih lagi ditakbir di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional kini.

Menurut Dato' Zahrain, kita akan melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan membenarkan pekara ini berlaku apa lagi kalau menyebabkan pekerja-pekerja tempatan ditindas.

Mengikut rekod Western Digital (WD) di Pulau Pinang adalah satu syarikat yang diambil alih daripada Komag USA yang berteknologi tinggi.

No comments: