Saturday, March 22, 2008

Ceramah Maulidul Rasul: Masjid Bayan Baru

21 mac - Masjid Bayan Baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama setelah 10 tahun hadir memberikan ceramah sulung berkenaan "harapan baru masyarakat Islam Pulau Pinang" dianjurkan oleh pejabat Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang.

Selain Datuk Seri Anwar majlis berkenaan turut menarik perhatian ramai dengan penampilan sulung TKM yang turut menyampaikan amat, jelasnya peranan institusi masjid serta keperluan dan tanggungjawab harus diterapkan dengan mengambil contoh baginda Rasulallahs.a.w.

Sempena menjujungi kelahiran Nabi Mohammad s.a.w. Datuk Seri Anwar telah menterjemahkan komitmen beliau membantu menaikan taraf umat Islam umum dan di Pulau Pinang khususnya selepas berlakunya perubahan kerajaan di negeri ini serta mengambil contoh bagi mendekati umat Islam membawa masyarakat bukan Islam bersama-sama dalam dimensi yang baru politik Malaysia kini.

Sebelum itu Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hashim telah menyampaikan ucapan aluan kepada jemaah dan orang ramai yang datang melebihi 12,000 orang membanjiri seluruh pelusuk masjid dan melimpah dari perkarangan masjid hingga di luar pagar masjid sekaligus menjadi tanda umat Islam negeri ini banggun menafikan cubaan UMNO mengelirukan orang Melayu menentang Kerajaan Baru Pulau Pinang dengan alasan DEB yang sendiri terpalik pada muka mereka sendiri.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga Timb Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga YDP PAS Kawasan Bayan Baru.

No comments: