Sunday, March 30, 2008

Jamuan Petugas Pilihanraya Parlimen Bayan Baru

28 Mac - Bayan Baru, Jamuan untuk semua petugas-petugas untuk Parlimen Bayan Baru termasuk ketiga-tigas DUN, Batu Uban, Pantai Jerjak dan Batu Maung telah diadakan di Dewan Orang Ramai MPPP di Komplek Pasar Bayan Baru.

Majlis tersebut dijemput oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato Zahrain Mohd Hashim yang juga Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Pulau Pinang, selain tanda kesyukuran dalam ucapan beliau kepada hadirin, Dato' Zahrain mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi serta penyokongan dan petugas yang membantu kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawan kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Bayan Baru.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO), Hj Abdul Malik Kassim turut hadir bersama-sama YB Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dan YB Batu Uban, Raveen Tharan di petang berkenaan.

PKR Bayan Baru turut menerima lebih 200 borang kemasukan ahli UMNO dan BN ke dalam PKR yang disampaikan.

Kehadiran di majlis berkenaan yang awalnya untuk meraikan petugas-petugas sekaligus menerima kehadiran ramai sehingga 3000 orang termasuk menyatukan semula rakan-rakan lama semenjak perjuangan reformasi tahun 1999 lagi.

1 comment:

Hijat Penang @ Panjang. said...

Salam, saya ada dapat maklumat yg di setengah2 tempat, ada orang yg mengambil kesempatan edarkan Borang Keahlian PKR serta mengambil yuran sebanyak RM3 seorang. Pihak Bahagian perlu bawa isu ini ke Peringkat Negeri agar individu2 tertentu sahaja borang dapat di ambil dan diserahkan kembali. Tetapkan juga yuran yg sepatutnya di bayar, ada yang PERCUMA, RM2 dan sebagainya...Imej Parti akan rosak tak dibendung dari kerja2 oleh pihak tak bertanggungjawab.Tidak mustahil orang yg dapatkan seorang ahli RM3 ringgit itu akan melupuskan Borang2 Ahli yg beliau kumpul,dan masa akan datang ramai yang akan merungut pada Bahagian dimana mereka tinggal, yg mereka pernah mengisi Borang Ahli. Tolong ambil serius ISU ini. Sekian.