30 Mac - Gelogor, Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hasyim (PKR) bersama-sama ADUN Batu Uban, Raveen Tharan (PKR) dan ADUN Seri Delima, RSN Rayer (DAP) melakukan lawatan berjumpa rakyat di sekitar Pasar Taman Sa'adon.
Sambutan orang ramai pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat menyatakan rasa gembira mereka serta menyokong penuh kerajaan baru pimpinan DAP-PKR.
"Ramai yang ditemui hendak menyertai Parti Keadilan Rakyat, kita terkejut dengan penerimaan seperti ini dan mempelawa mereka berkunjung di pejabat parti yang bakal dibuka nanti untuk melakukan pendaftaran" itulah respon yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan Keadilan Bayan Baru, Annuar Ismail.
Menurutnya lagi Pejabat Baru Keadilan Bahagian Bayan Baru yang bertempat bertentangan Hotel Vistana akan dibuka sebagai pusat khidmat masyarakat dan akan beroperasi awal bulan depan.

No comments:
Post a Comment