Thursday, May 1, 2008

Gotong Royong membantu hubungan masyarakat

Photobucket

1 Mei - Bandar Bayan Baru, Program Gotong-Royong Perdana Kawasan Parlimen Bayan Baru berjaya membawa masyarakat berkerjasama membersihkan perkarangan kawasan perumahan berkenaan yang telah selamat di rasmikan oleh YB ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin awal pagi tadi.

"Gotong-royong berkenaan telah menunjukan bagaimana hubungan masyarakat pelbagai lapisan kaum dapat dieratkan" jelas Sim yang turut turun padang membantu penduduk berkenaan membersihkan kawasan sekitar.

Photobucket


Majlis berkenaan dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Komuniti Pantai Jerejak dan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bayan Baru dengan kerjasama penduduk-penduduk Bayan Baru telah mula mengadakan usaha tersebut mengembalikan budaya yang jarang-jarang diadakan ini.

Gotong-royong berkenaan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

No comments: