2 Mei - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Calon Wakil Rakyat DUN Telok Bahang, Abdul Halim Hussain telah dipilih secara rasmi dalam pemilihan Speker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-12, turut dilantik adalah ADUN Machang Bubuk, Tan Hock Leong sebagai Timbalan Speker Dewan berkenaan, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang.
Pembukaan Penggal Pertama, Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 berlangsung pagi tadi apabila ke semua 40 wakil rakyat dewan negeri ini mengangkat sumpah dilakukan selepas perlantikan Speker.
YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri (I), Fairus Khairuddin mendahului upacara angkat sumpah berkenaan seterusnya diikuti dengan kesemua Exco dan kesemua ADUN yang dipilih dalam pilihanraya lalu.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hashim yang juga Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang turut menyaksikan majlis bersejarah itu.
Dewan kali menyaksikan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri dengan kekuatan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri bersama-sama 9 ADUN daripada PKR dan tambahan seorang speker.
Manakala pembangkang dewan negeri kali ini adalah dikalang BN-UMNO, diketuai oleh ADUN Penaga, Dato' Azhar Ibrahim.

No comments:
Post a Comment