Sunday, May 4, 2008

Isteri Ahli Parlimen Bersama Masyarakat Bersenamrobik

Photobucket


4 Mei - Bayan Baru, Program senamrobik yang diadakan di komplek Pusat Sukan Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) yang dihadiri oleh Isteri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datin Mahani.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Norhayati Jaffar yang juga Ketua Wanita PKR Negeri Pulau Pinang dan turut bersama beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Fauziah Mahadi yang juga Ketua Wanita PKR Bayan Baru.

"Ini adalah akviti riadah yang terbaik untuk kesihatan kita" kata Fauziah dalam ucapan aluan kepada hadirin yang datang bersama-sama menyertai program tersebut.

Photobucket


Selain itu, Datin Mahani turut menyampaikan salam daripada Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hashim, malah turut sempat berseloka Datin Mahani menyatakan bahawa Dato' Zahrain sememangnya patut hadir aktiviti seperti ini.

"Dato' Zahrain sememangnya mahu hadir program ini" jelas Datin Mahani lagi seterusnya menjelaskan bahawa Dato' Zahrain terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat penting hari ini.

Photobucket


Kira-kira 300 orang menyertai program mingguan disini pagi tadi yang dikelolakan pasukan "Aerobic With Rose".

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bayan Baru turut mengedarkan minuman percuma kepada orang ramai yang turut serta program tersebut.

No comments: