Sunday, May 25, 2008

Konvensyen AMK Pulau Pinang mampu capai maksud, gagal capai objektif

Photobucket


25 Mei - Pulau Pinang Konvensyen Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang hanya sekadar melengkapkan aktiviti sahaja, sungguhpun menjadi negeri pertama yang mengadakan perjumpaan untuk seluruh ahli AMK di negeri ini.

Majlis tersebut telah pun ditutup oleh YB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin manakala sebelum itu konvensyen ini telah pun dirasmikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin.

Menurut Fairus, konvensyen seperti ini harus membuka ruang untuk menerima pandangan daripada ahli-ahli parti peringkat bawah, selain itu beliau mengharapkan agar kualiti perbahasan dipertingkatkan.

AMK Negeri Pulau Pinang harus mengambil pengajaran pada persidangan hari ini dengan menerima banyak pandangan dan teguran daripada peringkat bahagian negeri ini.

Menurut salah seorang peserta konvesyen Annuar Ismail, Naib Ketua AMK Bayan Baru menyatakan perwakilannya kecewa apabila Exco AMK negeri tidak bersifat terbuka untuk menerima kritikan dan teguran, lebih-lebih lagi apabila Exco AMK Pulau Pinang menolak cadangan penampilan pembahas-pembahas dari beberapa bahagian di negeri ini, mereka tidak boleh menolak tanggapan umum bahawa sikap sombong seperti ini tidak ubah seperti Perhimpunan Pemuda UMNO.

Menurutnya lagi konvesyen pasca pilihanraya umum ini tidak akan bermakna jika konvensyen kali ini gagal menerima usul yang lebih kolektif dari akar umbi, selain dari hanya perbentangan tanpa perbahasan dan tiada cadangan untuk usul-usul disokong.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, Sdr. Badrul Hisyam yang bersama-sama hadir menyampaikan kertas kerja "Kepimpinan Anak Muda Masa Kini" turut menyatakan bahawa konvensyen ini sepatutnya digunakan sebaiknya oleh pemimin-pemimpin AMK negeri untuk mendengar lebih banyak pandangan diperingkat bahagian.

Turut hadir majlis berkenaan adalah YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau bakal Ketua AMK Pulau Pinang yang dicadangkan Exco AMK Pusat.

Konvensyen hari ini dihadiri lebih kurang 100 orang perwakilan, iaitu 10 daripada 13 bahagian di Pulau Pinang.

5 comments:

keADILan Bayan Baru™ said...

Salam...memamg la ni aku dok nampak dah....PKR punya pemikiran dah dok mai cam AMNo dahhh...tu yg aku meluat nak join apa-2 progrem d bahagian atau negeri....malahan lagi terok dari AMNo dok ada la ni...Ubah Sebelom Parah! Keluar La Semua Yang Bedebah-bedebah!

giant said...

lalalalal

giant said...

apa nie sendiri buat blog sendiri buat komen ka...memalukan betul laa...tak baik laa buat cam ni....dah tak berpeluang becakap..dok senyap dah laa...yang dok bising pasai apa...pemilik blog ni masih l berpikiran seperti umno laa...org cam ni laa kena ubah dulu...sebab nila setitk leh rosak susu sebelanga...berubah laa annuar sebelum parah

Anonymous said...

gaint,

Tolong check la dulu siapa yang buat komen.. Jangan main tuduh je. Bukan blogger "setia" saja meluat group2 macam korang ni dalam AMK PKR.

Nila susu sebelanga rosak pasal korang la... Lupa! korang dah rasa pedas, pasal makan cili boh.

Aku setuju dengan annuar, kami sokong dia..
dan lain kali korang belajar dulu hormat orang bawah. Jangan lupa diri.

Anonymous said...

giant,

hang kata "..dah tak berpeluang becakap..dok senyap dah laa...yang dok bising pasai apa.."

memang hangla puak UMNO.. aku ingat lebih terok dari UMNO.

takut kena kritik