22 Jun BAYAN BARU - Mesyuarat Agong Pertama Bahagian Bukit Gelugor telah diadakan bagi memilih jawatankuasa tetap setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskannya selepas 2 tahun menunggu.
"Pendataran Malaysian United Indian Party (MUIP) yang diketuai Nallakarupan oleh ROS hanya mengambil masa 2 minggu sahaja untuk diluluskan berbanding PKR yang terpaksa menunggu 2 tahun untuk diluluskan" kata YB Hj Abdul Malik Kassim, Setiausaha Perhubungan Negeri yang merasmikan mesyuarat agong berkenaan.
Turut hadir adalah bekas Ketua Bahagian Penaja Bahagian Bukit Gelugor, Sdr. Jamil Mohd Noor dan Sdr. Mustafa Yusuf, Pengarah Pilihanraya Keadilan Negeri Pulau Pinang yang turut merasmikan penutupan mesyuarat berkenaan.
Mustafa menjelaskan pemilihan yang dilakukan adalah kehendak perlembagaan parti dan pendaftar pertubuhan yang perlu diselesaikan bersama-sama bahagian Batu Kawan telah juga diluluskan pendaftaran bahagian berkenaan.
Jawatankasa bahagian Bukit Gelugor yang dipilih adalah terdiri ADUN Batu Uban, YB Raveenthran selaku Ketua Keadilan Bahagian, manakala bekas ADUN Batu Lanchang yang juga merupakan bekas penasihat undang-undang Parti Gerakan, Sdr. Lim Boo Chang selaku Timbalan Ketua Keadilan Bahagian telah dipilih sehingga tahun 2008 bersama-sama 16 yang lain dan seorang pengerusi serta timbalan pengerusi tetap, selainnya akan dilantik dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian yang akan ditentukan kemudian.
Selepas terbentuk bahagian Bukit Gelugor secara rasmi, selepas ini bahagian akan membentuk sayap untuk Wanita dan Angkatan Muda.

No comments:
Post a Comment