22 Jun BAYAN BARU - Penyertaan bekas ADUN Parti Gerakan, Lim Boo Chang ke dalam Parti Keadilan diterima baik semua pihak.
Kedatangan beliau ke dalam Keadilan juga boleh diterima sehingga Lim dipilih sebagai Timbalan Ketua Keadilan Bahagian Bukit Gelugor yang berlangsung petang tadi.
Lim telah mengemukakan permohonan menyertai keadilan pada April 2008 dan diumumkan diterima menyertai keadilan pada 15 Jun 2008 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau semasa peramian pusat khidmat YB ADUN Pantai Jerejak baru-baru ini.
Dalam pertemuan dengan pihak media, Lim menafikan bahawa kemasukan beliau mempunyai sebarang perjanjian, selain menyatakan bahawa Barisan Nasioanal dan komponen yang ditinggalkan beliau kini sudah tersasar arah dan tidak ada harapan lagi untuk rakyat Malaysia mendapat pembelaan.

No comments:
Post a Comment