Friday, July 4, 2008

Pulau Pinang bersedia pada bila-bila masa

Photobucket



1 Julai, BAYAN BARU - Badan Perhubungan Keadilan Negeri Pulau Pinang menyatakan sokongan padu kepada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tuduhan liwat yang terbaru yang dilemparkan terhadap beliau merupakan suatu febrikasi dan dilihat terdesak oleh pihak tertentu" kata Law Choo Kiang, Timbalan Ketua Perhubungan Parti Keadilan Pulau Pinang.

Beliau bersama-sama pemimpin PKR negeri, menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar serta melihat dakwaan ini sebagai suatu perubahan konspirasi yang terbaru yang terdesak bagi mengalih perhatian rakyat terhadap dakwaan terbaru terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah berkaitan pembunuhan wanita mongolia, Altantuya.

Dalam masa yang sama juga, PKR negeri Pulau Pinang juga bersedia pada bila-bila masa untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Pulau Pinang.

Menurut Law, pemimpin dan parti di negeri ini bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan termasuk melalui tuduhan terbaru ini.

Pihaknya ingin memaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar akan mengadakan siri lawatan ke Pulau Pinang pada 5 Julai ini di Tapak Ekspo, Seberang Jaya bagi menjelaskan keadaan sebenar tuduhan berkenaan dan perkembangan politik semasa tanah air.

No comments: