Saturday, July 12, 2008

Tujuh kontraktor letak kereta akan ditamatkan kontrak

PULAU PINANG Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menamatkan kontrak tujuh kontraktor letak kereta dan motosikal selepas gagal menunjukkan prestasi memuaskan dalam tempoh dua tahun ini.Tindakan tersebut diambil mengikut garis panduan sistem pemarkahan MPPP bagi tempoh pengendalian dua tahun mulai tarikh 1 April 2006.

Pengerusi Jawatankuasa Gantian Pengurusan Kewangan MPPP, Tan Hun Wooi berkata, kontraktor yang dikenakan tindakan itu mendapat markah demerit mencecah 75 peratus sehingga boleh dikenakan tindakan tamat perkhidmatan.

''Beberapa kesalahan utama yang dilakukan oleh mereka ialah tidak mengeluarkan resit kepada pemilik kenderaan, mengenakan lebih caj, tidak memakai lencana dan melakukan penipuan dengan tidak memberi resit asal.

Operasi''Kontraktor berkenaan sebelum ini menjalankan operasi di sekitar Persiaran Gurney, Jalan Kelawei, Lorong Burmah, Jalan Bukit Jambul, Tanjung Bungah, Jalan Ranggoon dan Bandar Bayan Baru," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ditanya mengenai tindakan penjaga letak kereta haram yang beroperasi di sekitar bandar raya ini, Hun Wooi memberitahu, MPPP tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan.

Apa yang boleh dilakukan oleh MPPP, katanya, ialah menyerahkan perkara tersebut kepada polis di samping menjalankan pemantauan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti oleh anggota penguat kuasa majlis. 11/7/2008 Utusan Malaysia

No comments: